Tuesday, June 21, 2016

Lelaki Ini Miliki Empat Ginjal di Tubuhnya

20/6/16

Wang Kailian usai menjalani operasi pencabutan satu ginjalnya (Foto: Shanghaiist)
Wang Kailian usai menjalani pembedahan membuang satu ginjalnya (Foto: Shanghaiist)

GUIZHOU – Pasukan doktor di Provinsi Guizhou, China, terkejut setelah memeriksa tubuh seorang lelaki bernama Wang Kailian sebab mereka mendapati lelaki berusia 28 tahun itu memiliki empat ginjal di dalam tubuhnya. Lazimnya, manusia normal memiliki dua ginjal di dalam tubuh.

Wang Kailian berulang kali mengeluhkan sakit di sekitar bahagian perutnya. Setelah diperiksa, ternyata lelaki asal Kaiyang itu memiliki empat ginjal di tubuhnya. Ia menjadi sebahagian dari satu peratus populasi dunia yang memiliki empat ginjal atau disebut dengan duplex kidneys.

Seperti diwartakan Asian Correspondent,  20/6/2016 , Wang harus menjalani pembedahan untuk menyembuhkan nyeri pada perutnya itu. Salah satu ginjalnya harus dibuang kerana mengalami infeksi. Operasi berhasil dilakukan minggu lalu dan Wang kini sedang dalam masa pemulihan pasca-operasi.

Fenomena langka duplex kidneys terjadi kerana kesalahan selama tiga bulan pertama dari kehidupan janin, ketika ginjal yang sedang tumbuh terbagi menjadi dua. Penyebab paling umum dari infeksi adalah ketika air seni yang seharusnya dikeluarkan, mengalir kembali ke ureter.

Harian South China Morning Post berspekulasi bahawa kelainan tersebut mungkin saja kerana keturunan genetik. Kakak  , ayah, dan nenek Wang diketahui memiliki enam jari di tangan dan kaki mereka. Pihak keluarga mengatakan Wang selama ini selalu energik dan sihat serta mengonsumsi makanan lebih banyak dari rata-rata manusia.
Sumber: Okezone.com

No comments:

Post a Comment