Monday, June 13, 2016

MT UMNO tolak syarat Tun Mahathir sertai UMNO

 FMT| June 12, 2016
Dua syarat itu adalah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dan parti itu dipulihkan semula.
rahman-dahlan-mahathir
KUALA KANGSAR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak akan melayan mana-mana syarat yang diminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mahu menyertai semula parti UMNO.

Sebaliknya, Rahman berkata partinya itu terbuka menerima Tun Mahathir untuk menyertai kembali UMNO tetapi tanpa sebarang syarat.
“Kita sudah sampai satu tahap di mana tidak lagi boleh memarahi tindakan Tun sebaliknya hanya berasa sedih melihat seorang negarawan membuat pusingan 180 darjah dengan menyokong pembangkang.

“Tak apalah, kita tunggu. Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi) sudah menghulurkan tangan untuk beliau kembali kepada UMNO. Kita akan tunggu hingga Tun bersedia kembali bersama kita dan kalau boleh biarlah tanpa syarat,” katanya dalam satu sidang media di Taman Rancangan Perumahan Awam Fasa 4 di sini.

Sebelum itu, Tun Mahathir meletakkan dua syarat kepada kepimpinan UMNO jika mahu beliau kembali pada UMNO.
Dua syarat itu adalah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dan parti itu dipulihkan semula.

No comments:

Post a Comment