Usul itu dikemukakan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS dan diterima tanpa bahas.
PETALING JAYA: Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam
itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada
pilihan raya umum akan datang.
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan
Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada
Majlis Syura Ulama PAS.
Menurut laporan Berita Harian Online, usul berkenaan antara lain
menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin
kerjasama dengan AMANAH yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap
PAS.
“Bermula dengan Langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian
PAS tidak dihormati manakala kesucian pakatan pembangkang dicemari
perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS sendiri.
“Walaupun masih ada pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan
pandangan PAS, namun rentetan daripada isu sebelumnya, PKR dilihat lebih
selesa mengambil keputusan tanpa berbincang dengan PAS,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment