Pertembungan ulama dan bukan ulama akan meleraikan kerjasama, sepertimana terlerainya PAS dan kumpulan yang membentuk AMANAH
SUNGAI BESAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan PAS saling memerlukan bagi mengatasi kekurangan masing-masing.
Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin berkata Najib memerlukan PAS
sebagai sekutu, manakala PAS memerlukan Najib untuk kekal relevan di
luar Kelantan.
“Individu yang memerlukan kawan ketika ini adalah Najib. Parti yang memerlukan kerjasama adalah PAS.
“PAS telah sedar bahawa jika tidak bekerjasama mereka hanya mampu
memerintah Kelantan, tetapi apabila bekerjasama mereka boleh memerintah
mana-mana negeri lain.
“Mereka sedar kepentingan untuk bekerjasama. Jika bersendiri, mereka
tidak boleh lakukan itu. Jadi, antara Najib memerlukan kawan dan PAS
memerlukan kerjasama, jadi hubungan semula jadi itu memang wujud,”
jelasnya kepada pemberita di Pejabat AMANAH Sungai Besar, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kerjasama antara
parti Melayu dan parti Islam itu dan bagaimana kerjasama itu akan
dimainkan untuk kedua parti.
Kadir Jasin meramalkan kerjasama antara UMNO dan PAS bagaimanapun
tidak akan dapat bertahan lantaran pertembungan kutub pemikiran yang
sangat berbeza.
“Ada pemikiran ulama, dan ada pemikiran bukan ulama,” kata wartawan
veteran itu, “Jika mereka boleh menolak ahli sendiri yang kini dalam
AMANAH, bagaimana mereka akan terima UMNO?”
“Ini hanya untuk kesenangan sementara.”
Beliau menambah akar umbi di kedua parti tidak menyenangi kerjasama kekal antara kedua parti.
“Sekiranya mereka bekerjasama, siapa yang akan ubah siapa? Apakah PAS
akan ubah UMNO jadi lebih baik atau UMNO akan merosakkan PAS? Pilihan
di tangan mereka.”
No comments:
Post a Comment