SHAH ALAM – Pertembungan lebih satu lawan satu antara pembangkang bukan
sahaja membuka peluang dan kelebihan buat BN, malah ia juga boleh
meluaskan jurang antara parti-parti pembangkang.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr
Sivamurugan Pandian berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar
dan Kuala Kangsar mungkin akan menjadi penentu masa depan Pakatan
Harapan dan Pas.
Ini memandangkan keadaan yang semakin tegang antara Pas dan Pakatan Harapan dalam usaha merebut kerusi di kedua PRK.
“Segala-galanya berkemungkinan. Apa yang berlaku pada PRK kali ini
boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan khususnya Amanah (Parti
Amanah Negara) dan Pas.
“Ia juga boleh memberi kesan kepada hub Pas dengan PKR, antara PKR dan
Amanah serta antara Amanah dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar
Online.
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin pada hari ini mengesahkan akan
berkempen menentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding pada
PRK Sungai Besar.
Manivanan berkata, meskipun pada mulanya ahli Parlimen PKR itu tersepit
dengan situasi tersebut, beliau akhirnya memilih untuk mengutamakan
prinsip perjuangan parti yang didukung selama ini
No comments:
Post a Comment