5/6/16
QUEENSLAND – Polis Queensland,
Australia berhasil menangkap seekor buaya sepanjang 14 kaki (setara 4
meter) pada Jumaat 3 Jun 2016. Buaya tersebut lalu disuntik mati pada
Sabtu 4 Jun .
Polis beralasan, buaya tersebut ditangkap kerana ukuran serta lokasi
penemuannya cukup mencurigakan sebab pada Ahad 29 Mei 2016,
seorang wanita bernama Cindy Waldron hilang setelah berenang di
tengah kegelapan malam.
Kata-kata terakhir wanita berusia 46 tahun itu kepada rakannya,
Leeann Mitchell, semakin menambah kecurigaan. Waldron mengatakan seekor
buaya telah menggigitnya. Polis kemudian membedah buaya tersebut dan
menemui potongan tubuh manusia dalam perutnya.
“Pekerja margasatwa yakin buaya tersebut adalah target yang dicari
kerana ukuran tubuh dan lokasi penemuannya,” tutur seorang juru cakap polis setempat, seperti dimuat ITV, 5/6/2016 .
Sebelumnya, pada Isnin 30 Mei 2016, keluarga Waldron mengunjungi
pantai di mana wanita itu hilang. “Kami harus berada di sini dan
menangis. Ada banyak tanda larangan berenang kerana buaya. Dia senang
melakukan hal yang gila. Apa yang dia lakukan sungguh gila, tentu saja,”
tutur sang ayah, Pat Waldron.
No comments:
Post a Comment