Friday, June 17, 2016

PRK Sungai Besar dicemari penyebaran berita palsu

Panggilan palsu
Gambar hiasan.
SUNGAI BESAR - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar dicemari dengan penyebaran berita palsu yang mendakwa calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur terlibat dalam kemalangan  hari ini.
Setiausaha Amanah Negeri Selangor, Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim menafikan penyebaran mesej melalui aplikasi WhatsApp itu dan menganggapnya sebagai satu tindakan berniat jahat.

"Calon baru sahaja berbuka puasa bersama petugas Amanah di Parit 13, Sungai Nibong dan kini dalam perjalanan ke dua ceramah di Sekinchan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Petang tadi, satu mesej melalui aplikasi WhatsApp tersebar dengan menyatakan bahawa kereta yang membawa calon Amanah telah terlibat dalam kemalangan di Persimpangan Parit 12, Sekinchan pada jam 6.46 petang sewaktu pulang dari berkempen.

Selain itu, mesej WhatsApp berkenaan turut memaklumkan bahawa Azhar bersama tiga orang petugas telah dibawa ke Hospital Sungai Besar untuk mendapat rawatan.

No comments:

Post a Comment