Tuesday, June 21, 2016

Pulau Pinang haramkan azan adalah fitnah

FMT | June 21, 2016
EXCO Abdul Malik berang seorang pemimpin PAS mendakwa Pulau Pinang haramkan azan.
Datuk_Abdul_Malik_Abul_Kassim-Shaharuddin-Ibrahim
GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PAS dikatakan menyebarkan “fitnah” Pulau Pinang telah mengharamkan azan, kata EXCO Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim.

Malik berkata Ketua Bahagian PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah menyampaikan tazkirah yang didakwa membuat kenyataan itu di sebuah masjid dua minggu lalu.

“Tazkirah Ramadan sepatutnya mengenai menyebarkan mengenai kebaikan agama ini, membincangkan perbuatan baik para nabi, tetapi digunakan sebagai pentas politik untuk menyebarkan penipuan.

“Amat dikesali fitnah sebegitu rupa dituturkan dalam sebuah masjid di bulan suci Ramadan,” katanya dalam satu sidang media di Komtar hari ini.
Shaharuddin didakwa berkata: “Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan tuan!”

Video tazkirah itu dikesan dimuatnaik ke Youtube dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah di Padang Serai, Kedah.
“Saya berharap Shaharuddin meminta maaf kepada kerajaan Pulau Pinang segera, kerana klip video itu telah menjadi viral,” kata Malik.

No comments:

Post a Comment