Wednesday, June 8, 2016

Saya khadam rakyat, bukan DAP

Sinar Harian
Letak calon lightweight, Amanah dilihat kalah awal
Calon Parti Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli pada Hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar. -Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
KUALA KANGSAR - Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Ahmad Termizi Ramli menegaskan bahawa dirinya bukan khadam DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Malah katanya, Amanah juga bukan parti suruhan DAP seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.
"Saya bukan khadam DAP. Saya khadam rakyat. Saya khadam Kuala Kangsar.

"Janganlah letakkan kami, golongan profesional, korporat, yang mempunyai kemampuan untuk berdiri dilabelkan sebagai parti suruhan," katanya pada sidang media, hari ini.
Katanya, tidak sewajarnya Amanah dilabelkan sebegitu rupa kerana parti itu juga mempunyai maruah dan kekuatan sendiri.
"Macam-macam orang buat cerita seperti Amanah talam DAP, saya kena nafikan.

"Saya kena tegaskan. Kita umat Islam. Parti Amanah ini parti Islam. Amanah ada maruah, ada kekuatan, ada kemampuan untuk berdiri sendiri," katanya.
Cuma katanya, dalam misi menumbangkan BN, Amanah perlu bergabung dengan DAP dan PKR melalui Pakatan Harapan.

"Bagaimanapun kita tetap bekerjasama. Kita tahu negara ini berbilang bangsa. Kita kena ada rakan yang bukan Islam.
"Kita kena ada rakan dalam semua aliran-aliran yang ada pada senario politik negara untuk menjatuhkan kerajaan BN," katanya.

No comments:

Post a Comment