Friday, June 17, 2016

Siasat dakwaan bekas wakil rakyat terima rasuah

rasuah
Gambar hiasan.
SHAH ALAM – Lembaga Disiplin PKR akan membuat siasatan secara bebas terhadap bekas wakil rakyat PKR Selangor yang didakwa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Abul Hadi Khatab berkata, siasatan tersebut dibuat secara bebas daripada campur tangan SPRM dan ia dilakukan bagi dilakukan bagi mengetahui perkara sebenar dalam kes tersebut.

“Saya selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PKR merujuk kepada laporan akhbar bahawa Suruhanjaya SPRM telah menahan seorang bekas wakil rakyat PKR Selangor atas isu yang dikatakan mengenai rasuah.

“Kami memandang serius tentang isu rasuah dan salahlaku oleh ahli-ahli parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pihaknya kini sedang mengatur pertemuan dengan bekas wakil rakyat tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaan terhadap bekas wakil rakyat tersebut.

“Siasatan atau dakwaan oleh SPRM sahaja tidak boleh diambil sebagai kesabitan dan bukan penentuan kesalahan.
“Kami sendiri akan membuat siasatan secara bebas daripada segi disiplin parti,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment