Monday, June 6, 2016

Sudah-sudahlah tuduh DAP perkuda PAS – Kit Siang

 FMT| June 6, 2016
Parti itu tidak pernah memperkuda mana-mana pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
lim-,kit-siang-hadi
SUNGAI BESAR: DAP mendakwa PAS merupakan pihak yang melakukan provokasi dan sering menuduh DAP memperkuda parti Islam itu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tidak pernah memperkuda mana-mana pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sangat kesal kerana ada pihak tertentu yang terus mahu menggunakan politik kotor.
“Menggunakan taktik yang bukan saja mendakwa Pakatan Harapan diperkuda oleh DAP, tetapi juga menyatakan Mahathir adalah barua DAP,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sekinchan Ng Sue Lim, hari ini.

Katanya, tuduhan yang dibuat pemimpin PAS termasuk presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat tidak berasas.
“Ia sangat tidak berasas dan Hadi juga tidak pernah diperkuda oleh saya. Pemimpin AMANAH dan calon AMANAH juga tidak pernah diperkuda DAP,” katanya.

Kit Siang berkata demikian sebagai respons terhadap kain rentang yang digantung di Taman Indah, Sekinchan semalam yang tertera ‘Mahathir barua DAP’.
Katanya, walaupun tidak mempunyai bukti, beliau percaya ia dilakukan oleh PAS berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Hadi sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis.
“Saya menyeru pucuk pimpinan PAS hentikan propaganda yang tidak berasas ini kepada pengundi di Sungai Besar,” jelasnya.

1 comment:

  1. Perihatin betul smpi tlg sebarkan kesedihan hati lks aka bapak tokong

    ReplyDelete