Thursday, June 2, 2016

Syed Rosli dakwa ahli UMNO ugut bunuh

 FMT| June 1, 2016
Beliau turut menafikan ditaja oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengacau calon BN
VIDEO INSIDE
Syed-Rosli-Jamalullail
AMPANG: Syed Rosli Jamalullail yang berhasrat untuk bertanding di PRK Kuala Kangsar mendakwa telah menerima ugutan bunuh daripada ahli UMNO.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka itu mendakwa diugut sejurus mengumumkan hasrat melawan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.
Ditemui FMT di kediamannya, anak jati Kuala Kangsar itu percaya partinya rasa tergugat kerana percaya kehadiran pencabar daripada UMNO boleh menggugat kemenangan BN.

“Sejurus mengumukan ingin bertanding, saya telah terima banyak ugutan melalui panggilan telefon, pesanan ringkas (SMS) dan komen di media sosial saya. Selain ugutan bunuh, saya juga diugut untuk dicederakan dan ada juga yang ingin membakar gerai makanan saya.
“Saya rasa niat saya untuk bertanding di PRK Kuala Kangsar memberi ancaman kepada BN dan disebabkan itu terdapat individu tidak berpuas hati dan cuba menakut-nakutkan saya,” katanya dalam satu wawancara dengan FMT.

Beliau berkata demikian apabila ditanya kesan daripada pengumumannya untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Dalam pada itu, Syed Rosli berkata buat masa ini beliau masih belum membuat sebarang laporan polis mengenai ugutan yang diterimanya itu.

“Kemungkinan besar saya akan buat laporan polis bagi memudahkan siasatan jika saya atau ahli keluarga saya dicederakan.
“Apa yang saya lihat apabila saya diancam ini, mereka (BN) mula berasa bimbang dan disebabkan itu saya mula diserang dan diugut,” katanya.

Tun Mahathir tak taja saya
Sementara itu, Syed Rosli menolak spekulasi ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengacau calon BN di Kuala Kangsar.

Apa yang ingin dilakukannya adalah bagi menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa peluang patut diberi kepada pemimpin atau ahli dari Kuala Kangsar sendiri, bukannya calon luar.

“Kami juga ahli UMNO, suara kami berhak didengar. Jika suara kami tak pedulikan, langkah drastik akan kami ambil. Dan ini adalah salah satu langkah drastik yang ingin diambil,” katanya.
Syed Rosli semalam mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Mastura di kerusi Parlimen itu pada 18 Jun nanti.

No comments:

Post a Comment