Friday, June 3, 2016

Tahaluf siyasi PAS, PKR tidak putus

 FMT| June 3, 2016
Usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan sebagaimana pernah diluluskan muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.
Takiyuddin-Hassan_pas_pkr_600
PENGKALAN CHEPA: Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR masih diteruskan seperti biasa walaupun Dewan Muslimat menerima usul supaya parti Islam itu mengkaji semula hubungan dengan sekutunya pada PRU14.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi sebagaimana yang pernah diluluskan muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.

Katanya, ia untuk penambahbaikan hubungan dengan rakan tahaluf mereka dalam PKR.
“Ada usul beberapa pihak, kawasan dan dewan supaya PAS Pusat merujukkan isu mengenai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR kepada Majlis Syura untuk buat kajian, bukan ke arah putuskan. Bagi kita ia ke arah menambahbaikkan.

“Kita lihat ada perkara yang tidak jelas dan sebagainya dalam usul itu, (jadi ia diusulkan) untuk kajian. Apa bentuk hubungan sekarang ini yang kita rasa perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Muktamar PAS ke-62 di Putik Hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata usul yang diluluskan Dewan Muslimat PAS susulan wujudnya ‘rasa tidak puas hati’ sesetengah ahli saja dan ia tidak menyeluruh.
Katanya, usul itu lebih kepada pandangan Dewan Muslimat dan ia akan diteliti dan dikaji Majlis Syura Ulama.

“Itu pandangan daripada Muslimat, kita akan lihat. Kita beri kepada Majlis Syura, akan teliti daripada pro dan kontranya. Tapi saya optimistik hubungan masih terus.

“Banyak perkara yang mereka (Muslimat) masih tak tahu banyak. Mungkin ada pihak yang tak puas hati, tapi ini hanya minor, bukan masalah besar, hanya masalah kecil. Mereka tak tahu banyak perkara, dia lihat begitu saja. Kita akan lihat keseluruhan,” katanya.

Mengulas mengenai kebimbangan akan berlakunya kerenggangan hubungan PKR susulan usul tersebut , Mustafa berkata, beliau yakin rakan tahaluf PAS itu akan memahami situasi berkenaan.

No comments:

Post a Comment