Monday, June 20, 2016

'Tampil ke depan kalau betul anak jantan' : Zuraida jawab fitnah

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
SHAH ALAM – "Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan,” demikian bidas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata demikian ketika menjawab dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki seperti yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari lalu.

“Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.
“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sebuah akaun Facebook di atas nama Captain M sebelum ini mengeluarkan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.

Zuraida juga didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan beberapa aset milik Zuraida turut disenarai dalam pendedahan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki hari ini berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas Zuraida seperti dakwaan yang tersebar.

“Kita ikut saluran yang betul. Kalau dia datang dengan cara yang betul, saya akan lawan dan jawab dengan saluran yang betul,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment