Thursday, June 30, 2016

Tangkap LGE: Pembangkang kecam dwi-standard

 FMT| June 29, 2016
“Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
Abdul-Malik-Abul-Kassim
PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang melahirkan rasa tidak berpuas hati selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengecam penangkapan Guan Eng sebagai dwi-standard, Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang juga percaya kejadian hari ini bermotifkan politik.

“Ini semua kerja Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Abdul Malik Abul Kassim, “Mereka kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”
Dalam kejadian hari ini, anggota SPRM dan polis kelihatan seperti mengepung bangunan Komtar dan menahan Guan Eng di pejabatnya.

Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Lim Guan Eng ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dipercayai berkaitan tanah pertanian dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

“Kita rasakan ini satu serangan daripada BN untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” ujar seorang lagi Exco, Dr Afif Bahardin.
“Kita tak tahu apa siasatan yang dibuat SPRM….macam (kontroversi wang derma) RM2.6 bilion (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sudah mengaku tetapi tiada dakwaan sampai sekarang.

“Ini pendakwaan terpilih, pada saya. Apa yang kita tahu dalam kita bekerja, kita faham keadaan dan dugaan yang dihadapi.”

No comments:

Post a Comment