Ketua Menteri mengalu-alukan siasatan Ketua Audit Negara keatas projek terowong dasar laut dan tiga jalanraya berkembar.
GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara dialu-alukan untuk menyiasat projek
terowong dasar laut dan tiga jalanraya berkembar, kata Ketua Menteri Lim
Guan Eng hari ini.
Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang tidak menyembunyikan apa-apa
salahlaku dalam projek prasarana terbesar di negeri itu setakat ini.
“Umumnya semua urusan negeri diaudit oleh Ketua Audit Negara.
“Kita tiada bantahan sekiranya mereka mahu audit projek kita,” kata
Guan Eng kepada pemberita dalam sidang media di Komtar har ini.
Beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut
menyiasat projek ini selepas dilaporkan oleh seterunya, “maka kalau
audit mahu datang, kami tiada masalah”.
Semalam, Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng mencabar kerajaan
negeri supaya mengizinkan Ketua Audit Negara mengaudit projek RM6.3
bilion itu.
Projek itu melibatkan terowong dasar laut George Town-Butterworth
sepanjang 7.2km; jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang
12km; pintasan Lebuhraya Lim Chong Eu (LCE) – Air Itam sepanjang 5km;
dan pintasan Jalan Pangkor-Jalan Gurney-LCE sepanjang 4.2km
No comments:
Post a Comment