Thursday, June 16, 2016

'Terpulanglah kepada mereka' untuk menyertai parti lawan

Sinr Harian
Datuk Irmohizam Ibrahim
Datuk Irmohizam Ibrahim
SUNGAI BESAR - Terpulang pada mereka untuk menyertai parti lawan, itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan berkaitan kemasukan lima orang ahli Umno dalam Pas, petang tadi.

Katanya, kemasukan mereka sedikitpun tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

“Terpulang pada mereka yang pasti perkara tersebut tak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan parlimen Sungai Besar,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media, sebentar tadi.
Katanya, perkara tersebut adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan oleh negara kita.

“Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN,” katanya.
Petang tadi, lima ahli Umno termasuk seorang bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai Pas di Markaz Pas Simpang Lima.

Rosli berkata, selain mereka, beberapa lagi ahli terutama pemuda Umno dijangka untuk menyertai parti itu kerana yakin dengan perjuangan Pas yang berprinsip dan berlandaskan syariat Islam.

No comments:

Post a Comment