5/6/16
SHIJIAZHUANG – Seorang lelaki yang tertidur ketika mengunjungi tukang cukur rambut menemukan dirinya terbangun di rumah sakit.
Kejadian unik itu terjadi ketika seorang tukang cukur di Kota
Shijiazhuang, China sedang melayani seorang pelanggannya. Sekira dua
minit setelah mulai mencukur, dia menyedari pelanggannya tertidur nyenyak.
Dia mencuba membangunkan, namun lelaki itu tidak bergerak.
Khuatir pelanggannya meninggal, tukang cukur itu kemudian memanggil
polis . Dua anggota polis yang datang mencuba untuk membangunkan sang
pelanggan. Mengusap kepalanya dan dahinya dengan kain basah, tidak
juga berhasil membuatnya bangun, dia hanya batuk dan mengorok sebentar.
Kerana lelaki yang tidak disebutkan namanya itu tidak juga bangun, polis yang datang pun ikut khuatir dan memanggil layanan darurat.
Dalam waktu singkat ambulans datang dan membawa lelaki itu ke rumah sakit.
Demikian dilaporkan Shanghaiist, Sabtu (4/6/2016).
Salah seorang doktor mulanya mengira sang lelaki mengalami pendarahan
otak yang menyebabkannya tidak dapat dibangunkan. Namun, setelah
melakukan berbagai pemeriksaan doktor menyatakan tidak ada keanehan pada lelaki itu. Dia hanya tertidur.
Diagnosa itu ternyata tepat setelah beberapa jam kemudian lelaki itu
terbangun dari tidur panjangnya. Dia mengaku belum tidur selama beberapa
hari dan meminum alkohol sebelum pergi ke tukang cukur.
No comments:
Post a Comment