Saturday, June 11, 2016

Wang cukai bukan hak MCA, tapi hak kerajaan – Ridhuan Tee

 | June 10, 2016
MCA juga sewajarnya membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu disebabkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
danial-ridhuan
PETALING JAYA : MCA tidak sepatutnya mengungkit isu cukai yang disumbangkan ahli parti kerana kutipan cukai merupakan hak kerajaan, kata Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata demikian menjawab Setiausaha Biro Keharmonian Agama, Chris Daniel Wong yang menepis dakwaan MCA parti anti-Islam kerana majoriti anggota MCA membayar cukai yang turut digunakan untuk membina masjid dan surau.
“Jika kerajaan belanjakan untuk kepentingan Islam, itu hak umat Islam kerana ia disebut dalam Perlembagaan,” katanya lapor Ismaweb.

Malah, bekas ahli parti Cina itu berpendapat MCA wajar membina masjid dan sekolah agama untuk orang Melayu memandangkan orang Melayu telah memberi kekayaan kepada parti itu.
“Sudah tiba masanya MCA membalas budi Melayu yang telah menjadikan mereka kaya raya dan dapat kuasa. Jangan jadi kacang lupakan kulit,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ridhuan turut menyifatkan kenyataan Daniel Wong yang menafikan Malaysia sebagai negara Islam dengan merujuk kepada ucapan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sebagai jahil dan tidak layak menjadi pemimpin.

“Inikah standard pemimpin MCA berfikir? Layakkah mereka diundikan oleh Melayu? Standard pemikiran dan cara berhujah orang kampung. Kalau tak ada hujah, baik diam selepas puas makan dedak,” katanya.

Tambahnya, tindakan Daniel Wong yang memetik ucapan Tunku Abdul Rahman sebagai ultra kiasu.
“Ucapan Tunku tidak mengikat atau ‘binding’. Ia hanya sekadar ucapan. Yang mengikat kita adalah Perlembagaan. Hakikatnya Islam adalah agama Persekutuan yang mempunyai posisi istimewa dalam Perlembagaan,” katanya.

3 comments:

  1. Ini hujah seorang Prof Dr Mualafkah?
    Yang jadikan Cina kaya ialah orang Melayu?
    Mana pergi rukun Iman?
    Mana pergi Allah swt?
    Silap-silap lepas ni yang matikan Cina tu juga Melayu kot?
    Orang Melayu dah ambil alih kuasa Allah swtkah? Wahai Prof?
    Moga Allah swt memberi hidayah kepada Prof ni agar kembalilah ke jalan Allah swt dan jangan lagi dok panjat pada batang buruk?
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Betul la dia (Prof)cakap... Hasil mahsul di tanah Melayu, sila baca sejarah..

    ReplyDelete