Friday, June 3, 2016

Wanita ini dibakar hidup-hidup kerana tolak lamaran dari anak bos

3 Jun 2016

Maria Sadaqat, gadis 19 tahun dari Pakistan maut setelah dianiaya dan dibakar hidup-hidup oleh mantan bosnya lantaran menolak lamaran nikah dari putera si bos itu.

Polis  mengatakan peristiwa penyerangan terhadap Maria terjadi di Desa Upper Dewal, di luar Ibu Kota Islamabad pada Isnin malam 
. Maria meninggal dua hari kemudian kerana luka-lukanya, seperti dilansir akhbar the Daily Mail, Khamis (2/6).

Maria yang sebelumnya bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta diketahui  dipaksa mengundurkan diri oleh ketua sekolah kerana menolak lamaran puteranya yang umurnya dua kali lebih tua dari dia. Selain itu dia juga mengalami pelecehan dari ketua sekolahnya.

"Dia diseksa dengan brutal dan dibakar hidup-hidup. Kami membawanya ke rumah sakit di Islamabad tapi lukanya terlalu parah," kata bapa saudara Maria, Abdul Basit kepada wartawan.

"Lelaki itu (anak ketua sekolah) sudah bercerai dan usianya dua kali lebih tua jadi dia menolak lamarannya dan mengundurkan diri ketika dipaksa. Mereka kemudian menyerangnya," ujar Basit.

Polis  mengatakan Maria sempat menyebut nama ketua sekolah dan empat lelaki penyerangnya.

"Kami sudah menangkap   seorang suspek dan masih memburu bakinya," ujar Mazhar Iqbal, polis  yang bertugas menyiasat kes ini.

Sumber:Merdeka.com 

Dibakar hidup-hidup kerana tolak pinangan
Maria Abbasi
MUREE - PAKISTAN. Seorang guru sekolah berusia 18 tahun maut akibat kecederaan teruk selepas dibakar dek kerana menolak pinangan, kata polis.

Pelaku memukul Maria Abbasi dan kemudian menyimbahnya dengan petrol sebelum bertindak membakar mangsa dan meninggalkannya,  kata ahli keluarga mangsa kepada CNN.

Menurut bapa saudara mangsa, Rafaqat Abbasi, Maria berada di rumah menjaga adiknya berusia 5 tahun ketika keluarganya keluar untuk menghadiri upacara pengebumian di bandar berdekatan.
"Pada majlis pengembumian, ahli keluarganya dimaklumkan Maria terlibat dalam satu kebakaran. Pada mulanya mereka menyangka dia mengalami kemalangan seperti gas bocor atau sesuatu insiden yang lain," katanya.

Insiden ngeri itu berlaku pada malam Isnin di kampung Daqvel, pinggir Muree, timur laut Pakistan.
Sementara itu, menurut Inspektor Sohail Abbasi, empat lelaki yang tidak mempunyai pertalian persaudaraan dengan keluarga mangsa telah memecah masuk rumah berkenaan.
Menurut Rafaqat, anak saudaranya itu ditemui terbaring di atas lantai dengan kesan melecur hampir 85 peratus pada badannya.

"Tiada jalan utama yang menghubungkan kampung berkenan dan kami terpaksa membawa mangsa dengan kerusi ke jalan terdekat untuk mendapatkan bantuan ambulans.
Wanita itu kemudian dibawa ke Institut Sains Perubatan di Islamabad yang terletak kira-kira 50km dari kediaman mangsa untuk mendapatan rawatan namun dia disahkan meninggal dunia.

Menurut jurucakap Polis Punjab, Nabeela Gazanfar berkata, tiga suspek telah ditahan berhubung kejadian.
Waran tangkap untuk penahanan empat individu telah dikeluarkan.
Ketua Menteri Wilayah Punjab mengarahkan satu kumpulan penyiasatan dibentuk bagi menyiasat kes berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia Pakistan, keganasan terhadap wanita semakin menjadi-jadi di negara itu.
Pada tahun 2015,  polis telah menyiasat 76 kes wanita telah dibakar.
Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment