Thursday, July 14, 2016

1MDB: Persoal siapa pengkhianat sebenar?

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin - Foto SInar Harian
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan amaran menteri yang menganggap pembocor maklumat kerajaan berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu pengkhianatan.

“Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau mereka yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

“Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Isnin lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat kerajaan berkaitan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang berstatus sulit.

Muhyiddin menegaskan semua menteri Kabinet bertanggungjawab sepenuhnya kepada kebocoran maklumat kerajaan itu kepada media asing terbabit.

“Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja, semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu.
“Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu. Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran,” tegasnya.

Muhyiddin berkata, Kabinet Najib tidak sepatutnya melatah dan menyalahkan portal berita atau media asing kerana menyebarkan maklumat penyelewengan 1MDB.

“Jangan berterusan menyalah- kan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat itu. Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB,” katanya

No comments:

Post a Comment