Monday, July 11, 2016

3 warga Myanmar maut dilibas parang, dua diantaranya dipancung

 FMT| July 11, 2016
Dalam kejadian serangan ganas berkumpulan itu, pekerja Myanmar terbabit dikelar manakala dua lagi rakannya dipancung kepala.
macheteGEORGE TOWN: Tiga pekerja kilang warga Myanmar maut dilibas, sementara seorang lagi cedera parah dalam satu serangan dilakukan sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang di Prai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kumpulan penyerang terbabit datang ke asrama mangsa di Lorong Nagasari 1 di sini dengan menaiki empat motosikal.
Menurut polis, tiga mangsa yang berusia antara 26 dan 33 tahun pada ketika itu sedang mandi di anjung asrama berkenaan.

Seorang jiran memberitahu polis beliau nampak serangan ganas itu, di mana mangsa pada mulanya dikelar dua lelaki yang kemudiannya memancung kepala mereka.

Seorang lagi mangsa yang sedang mandi bersama dua lagi lelaki terbabit, berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Manakala, seorang rakan senegara yang segera datang untuk melihat kekecohan itu turut maut dikelar.

Dua mangsa dikenali sebagai Naing Win, 28, Kyaw Hoe, 33, sementara mayat ketiga masih belum dikenal pasti.
Ketiga-tiga mangsa ialah pekerja kilang di Bukit Tengah.
Ketua Polis Seberang Prai Tengah ACP Rusli Md Noor berkata polis setakat ini menahan 15 lelaki bagi membantu siasatan.
Semua suspek berumur antara 22 dan 38 tahun ialah rakan sekerja dan teman serumah mangsa.

No comments:

Post a Comment