Malaysiakini 11/7/16
Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi
dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati
dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal.
Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.
Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno
dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau
dipetik sebagai berkata.
Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat,
seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum
ini.
Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.
Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.
Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat “Sabah untuk
Sabah” atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan “Sabah
untuk Sabah”.
"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno
peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan
harian itu.
No comments:
Post a Comment