Tuesday, July 26, 2016

Gigit kepala burung sehingga putus demi dadah

Sinar Harian
Gigit kepala burung sehingga putus demi dadah
erilaku yang dirakam di dalam penjara di Northamtonhire
NORTHAMTONSHIRE - BRITAIN. Seorang banduan bertindak mengigit kepala seekor burung merpati sehingga putus demi mendapatkan dadah.

Perlakuan banduan yang tidak dinamakan itu dirakam melalui telefon bimbit menunjukkan lelaki itu mengigit kepala burung berkenaan sehingga putus di Penjara Kategori C HMP Onley, Northamtonhire.

Dalam klip berdurasi 15 saat itu, banduan bertatu dan berbaju kelabu itu disambut dengan sorakan oleh rakan banduan yang lain selepas mengigit kepala burung sehingga putus dengan menggunakan gigi dan memuntahkan semula di dalam beg plastik.

Sebaik melakukan demikian, dia dengan bangganya menunjukkan burung tanpa kepala berkenaan kepada kamera yang dirakam ketika di dalam penjara minggu lalu.

Memetik Metro.uk, banduan itu kemudian dibawa ke sebuah pusat pengasingan oleh kakitangan penjara semasa siasatan dijalankan bagi mengetahui individu lain yang terlibat.
Perbuatan itu dikatakan dilakukan sebagai sebahagian daripada pertukaran dadah antara penghuni.

Jurucakap perkhidmatan penjara berkata, kejadian itu akan disiasat segera dan tindakan segera telah diambil.

No comments:

Post a Comment