Wednesday, July 13, 2016

Kami sedia jika Muhyiddin mahu tubuh parti baharu

Sinar Harian
Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
PETALING JAYA – Pakatan Harapan akan sentiasa menghulurkan tangan persahabatan sekiranya bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menubuhkan parti baharu.

Menjelaskan sifat keterbukaan Pakatan Harapan, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, pihaknya sentiasa akan memberikan ruang dan peluang kepada Muhyiddin dan parti baharunya dalam pakatan pembangkang.

Tambahnya lagi, Muhyiddin adalah ahli politik yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam arena politik tanah air.
“Sama ada mahu menubuhkan parti baharu atau menyertai parti-parti sedia ada, itu adalah pilihan beliau.
“Jika Muhyiddin mahu menyertai kami, kami sudah cukup berterima kasih kepada beliau.

“Namun seandainya beliau buat keputusan untuk menubuhkan parti baharu, itu tidak menghalang untuk kita untuk bekerjasama asalkan kita mempunyai satu matlamat yang sama,” katanya ketika ditemui Sinar Online selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment