Adalah
sesuatu yang menghairankan apabila Najib Razak bagi pihak diri,
isterinya Rosmah Mansor dan anggota pentadbiran kerajaan pada tahun ini
memohon maaf semasa berucap di majlis hari raya anjuran Jabatan Perdana
Menteri.
Beliau tidak pernah melakukannya sebelum ini atau jamuan hari raya di mana-mana pada tahun-tahun sebelumnya.
Saya
tak nak berucap panjang, cuma saya nak mulakan ucapan atas nama saya,
isteri dan anggota pentadbiran kerajaan untuk mengucapkan Selamat Hari
Raya, maaf zahir batin kepada semua warga Jabatan Perdana Menteri
sekiranya ada kesilapan atau kekasaran yang saya lakukan secara sengaja
atau pun tidak, kata Najib dalam ucapannya itu.
Kenapa tiba-tiba Najib memohon maaf?
Adakah Najib kini kian terbeban dengan pelbagai penanggungan yang semakin menyeksa batinnya?
Adakah permohonan maaf ini menandakan Najib akan berundur daripada jawatannya?
Adakah
pengunduran Najiib itu ada kena-mengena dengan laporan media
antarabangsa bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat akan membuat
permohonan untuk menyita beberapa harta yang dianggarkan bernilai RM1
bilion yang ada kaitan dengan 1MDB?
Menurut
laporan WSJ, bahagian aset Jabatan Keadilan AS akan memfailkan saman
sivil pada pagi Rabu (waktu AS) bagi memohon kebenaran menyita aset-aset
yang dicurigai itu.
Apakah harta anak tiri Najib, Riza Aziz akan terlibat sama dalam penyitaan yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS itu?
Bermakna, menjelang esok, tindakan Jabatan Keadilan AS itu adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Atau
mungkinkah permohonan maaf itu sebagai tanda Najib akan mengadakan
pilihanraya mengejut dalam waktu yang terdekat ini? (SH 20/07/2016).
No comments:
Post a Comment