Tuesday, July 12, 2016

Kor Ming buat laporan polis isu karikatur ‘dedak’

 | July 12, 2016
Ahli Parlimen Taiping itu terpaksa berbuat demikian apabila Pemuda Umno mengadakan himpunan haram di depan ibu pejabat DAP hari ini berhubung isu itu.
nga-kor_duit
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan membuat laporan polis kerana difitnah apabila dikaitkan dengan satu karikatur memaparkan gambar kanak-kanak menerima duit raya yang disamakan sebagai ‘dedak’.
Kor Ming turut menegaskan beliau tidak pernah melukis atau memuat naik gambar berkenaan ke akaun Facebooknya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Taiping berkata ini adalah helah politik kotor dan fitnah yang dilakukan pihak tertentu bagi mencemar sambutan Aidilfitri.
“Ini helah politik kotor dan fitnah. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, beliau pada mulanya tidak bercadang mengambil tindakan tegas berhubung isu itu tetapi keadaan menjadi lebih keruh apabila puak pelampau yang membuat himpunan haram menyemarakkan tohmahan dan fitnah terhadapnya.

Hari ini, Pemuda Umno dan NGO Gerakan Merah mengadakan tunjuk perasaan di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur sebagai bantahan kepada kenyataan Kor Ming itu yang didakwa menghina Islam.

“Saya akan buat satu laporan polis terhadap kempen fitnah ini dalam masa terdekat untuk membela keharmonian masyarakat yang kita sayangi ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

No comments:

Post a Comment