Malaysiakini 10/7/16
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan dia mengepos imej
mengenai "dedak" dalam akaun Facebook, sebaliknya mendakwa dia menjadi
mangsa cybertrooper.
"Saya menghormati Islam sebagai agama persekutuan. Saya berazam untuk
menegakkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam perlembagaan
persekutuan kita sebagai ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis
sedang menyiasat Nga di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta
Hasutan 1948, selepas menerima beberapa laporan polis mengenai kemas
kini Facebooknya.
Pada 6 Julai lalu, Nga didakwa menyiarkan karikatur kanak-kanak dan
tetamu menerima sumbangan duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah
dan "dedak".
Menurut MP itu dia menjadi mangsa cybertrooper tertentu yang terlibat dalam kempen memburuk-burukkan DAP.
Nga menafikan bahawa beliau pernah memuat naik lakaran berkenaan pada
akaun Facebook, manakala carian Malaysiakini pula mendapati tidak ada
posting tersebut
No comments:
Post a Comment