29/7/16
Baru-baru neh kecoh di laman sosial kononnya kerajaan negeri PAS Kelantan telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar (melancong) Krabi, Thailand. Tindakan itu dikritik secara berleluasa di media sosial terutamanya oleh penyokong2 Parti Amanah Negara (PAN).
Baru-baru neh kecoh di laman sosial kononnya kerajaan negeri PAS Kelantan telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar (melancong) Krabi, Thailand. Tindakan itu dikritik secara berleluasa di media sosial terutamanya oleh penyokong2 Parti Amanah Negara (PAN).
Dokumen yang melibatkan aturcara majlis ketika berada di
Krabi turut disebarkan. Setakat ini belum ada apa-apa penafian dari
kerajaan negeri tentang ketulenan kandungan dokumen tersebut oleh itu
ianya dianggap benar. Event ini dikritik kerana melibatkan jumlah
peserta yang ramai serta tidak menetapkan matlamat yang jelas. Bahkan
pemilihan lokasi untuk mengadakan mesyuarat turut dikritik netizens.
Di saat ramai mangsa banjir masih lagi terabai di Kelantan
wajarkah satu delegasi besar mengiringi Nik Amar ke Kelantan. Tambahan
pula segala kos dibiayai oleh rakyat jelata. Itu la yang dipersoalkan
mereka.
Dan berikut adalah kemaskini susulan dari TMB kelantan selepas tersebarnya kritikan tersebut.
Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh
Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Mohd Amar Abdullah dan barisan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini telah mengadakan lawatan rasmi
ke atas Gabenor Wilayah Krabi, Thailand. Di dalam perjumpaan mahabbah
diantara pimpinan kedua wilayah ini, pelbagai perkara telah dibincangkan
bersama, antaranya berkenaan industri pelancongan, ekonomi dan
pembangunan produk halal. Berteraskan dasar 'Think of Thailand, Think of
Krabi', pihak berkuasa Krabi sekarang ini sedang giat membangunkan
tarikan-tarikan pelancongan baru yang dapat menarik segmentasi pelancong
yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.
Disamping itu, wilayah Krabi juga sedang dalam proses untuk
dijadikan hab penghasilan produk halal terbesar di Thailand. Menurut
Gabenor Krabi, setiap tahun Krabi menerima kedatangan pelancong melebihi
10 juta orang. Tambah beliau lagi, pelancong tidak hanya datang
menikmati keindahan alam, tetapi masyarakat muslim diseluruh dunia juga
datang untuk menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Ini kerana,
berdasarkan rekod, hampir separuh daripada populasi penduduk Krabi
adalah beragama Islam.
Malah, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di Krabi
pada sekarang ini dipolopori oleh masyarakat Islam dan giat
mempromosikan pelancongan bebas maksiat. Hasil daripada lawatan ini,
Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap
kerjasama strategik dapat dijalankan diantara wilayah Krabi dan Negeri
Kelantan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan pembangunan
industri hub halal di kedua wilayah.
Disamping itu, beliau menegaskan, hubungan dua hala
diantara wilayah ini akan terus diperkemaskan pada masa hadapan bagi
memastikan pelbagai faedah dan manfaat dapat diperolehi serta diaplikasi
diantara Kelantan-Krabi.
Sumber: Kedahlanie
No comments:
Post a Comment