17/7/16
Tiga anak kecil, dua kanak-kanak lelaki berusia
masing-masing enam dan lima tahun, serta kakak mereka berusia
tujuh tahun ditemui polis tersesat di gurun. Mereka luntang-lantung
di gurun kawasan San Bernardino, California, Amerika Syarikat selama hampir satu jam.
Pada saat ditemui, ketiga kanak-kanak itu mengalami dehidrasi. Mereka
tidak mengenakan sandal atau alas kaki apapun kendati suhu di gurun
sangat panas. Seorang pemandu kereta melihat mereka berada di gurun,
kemudian melaporkannya kepada polis .
Emirates247 melaporkan, Sabtu (16/7), tiga kanak-kanak itu ternyata
dihukum oleh ibu dan bapak tiri . Kedua orang tua mereka
menanti di tepi gurun. Mereka dianggap nakal sehingga kemudian dipaksa
berjalan tanpa alas kaki.
"Si orang tua tidak sepenuhnya meninggalkan anak-anak itu, namun
tidak mempedulikan mereka," kata Jurucakap polis San Bernardino
Cynthia Bachman.
Kedua orang tua itu akhirnya ditahan kerana dianggap menelantarkan
anak. Pasangan ekstrem itu, Mary Bell (34) dan Gary Cassle (29) akan
menjalani persidangan. Mereka diwajibkan membayar jaminan USD 100 ribu
jika tidak ingin ditahan.
Cerita di AS ini hampir mirip dengan yang terjadi di Jepun bulan
lalu. Yamato Tanooka, anak tujuh tahun, dihukum ayahnya kerana nakal
dengan dipaksa berjalan sendirian di hutan. Kes itu menggemparkan
publik Jepun lantaran sang ayah sempat berbohong pada polis , mengaku
anaknya tersesat.
Sumber:Merdeka.com
No comments:
Post a Comment