Tuesday, August 2, 2016

Bukan senang bersihkan 'tahi' lama - NUJ Utusan

2 Ogos 16


Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu menyatakan kesetiaan dan sokongan kepada pihak pengurusan terutama Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas walaupun gaji mereka telah terlewat bayar.

Dalam kenyataannya, NUJ Utusan berkata, pihak kesatuan kerana percaya usaha yang dilakukan Noordin ketika ini bagi menyelamatkan syarikat.
"Noordin bersama-sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berusaha meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat dengan mencari sumber pendapatan lain dan tidak bergantung sahaja kepada penjualan akhbar, majalah dan iklan.
"Lebih dari itu, 'bukan senang nak bersihkan tahi' yang dilakukan kepimpinan tertinggi syarikat sebelum ini," jelas kesatuan itu.

Sebelum ini, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.
Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.

"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.
"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.

Mengulas lanjut, NUJ Utusan berkata, Kumpulan Utusan sedang mengambil langkah terbaik dalam mengurangkan kos operasi dan mencari peluang perniagaan baru tanpa membuang pekerja buat masa ini.

Kesatuan berharap masyarakat tidak bersangka buruk dan mempercayai dakyah pembangkang yang memburukkan Utusan dan UMNO membabitkan keadaan yang berlaku.

"Kesatuan juga menyeru masyarakat Melayu dapat memberi sokongan padu kepada satu-satunya syarikat akhbar pejuang masyarakat Melayu yang masih wujud sehingga kini.
"Kesatuan menyeru masyarkat Melayu kembali mengamalkan semangat membaca akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo," ujarnya lagi.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment