Thursday, August 4, 2016

Helikopter tentera Rusia ditembak, mayat diheret keluar


Helikopter tentera Rusia ditembak, mayat diheret keluar
DAMSYIK - SYRIA. Mayat penumpang helikopter tentera Rusia Mi-8 yang ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak di utara Syria, semalam diheret keluar dan ditanggalkan bajunya lapor Reuters.
Memetik laporan BBC pula, ada mayat yang dipijak-pijak dan dokumen pengenalan diri mereka juga disebarkan melalui rakaman dan imej dimuat naik di media sosial.

Kelima-lima penumpang dalam helikopter berkenaan terdiri daripada dua pegawai dan tiga kru didakwa terbunuh dalam kejadian tersebut.

Imej yang disebarkan di media sosial turut menunjukkan keadaan bangkai helikopter yang terbakar dan berasap serta mayat yang bergelimpangan dengan dikawal oleh lelaki bersenjata.

Reuters melaporkan Kementerian Pertahanan Rusia berkata, helikopter tersebut ditembak kumpulan pemberontak ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar bantuan kemanusiaan di bandar Aleppo.

No comments:

Post a Comment