Thursday, August 4, 2016

Ibu Mabuk Gigit Bibir "Pengasuh" hingga Putus

 
via worldwideweirdnews.com -Megan Marie Jones
FLORIDA   - Seorang ibu di Florida, Amerika Syarikat ditangkap polis  kerana melakukan tindakan kekerasan kepada pengasuh (babysitter) bayinya.

Wanita itu, Megan Marie Jones   menggigit bibir pengasuh tersebut, kerana tak dapat terima   teguran.
Pegawai polis di Crystal River, seperti dikutip laman World Wide Weird News, menyebut, wanita berusia 31 tahun itu menyerang pengasuh berusia 55 tahun yang selama ini merawat bayi lelaki berumur dua tahun. 
Selain mendapat tuntutan terkait tindak kekerasan, Jones pun didakwa melakukan penelantasan anak.

Selama menghadapi proses undang-undang, Jones ditahan di Rutan Citrus County, menunggu keputusan tentang besaran tebusan. Sementara bayinya dirawat oleh datuk dan neneknya. 
Berdasarkan hasil penyiasatan polis , Jones diketahui sedang berada di bawah pengaruh alkohol ketika tiba di rumahnya pada Sabtu lalu, sekitar pukul 23.30. 

Ketika itu Jones terus berteriak ke arah anaknya, kerana bayi itu tak berhenti menangis. Melihat kondisi itu,  pengasuh bayi datang dan menegur Jones agar tak meneriaki anak itu.

Teguran itu berakhir dengan pertengkaran antara kedua wanita tersebut. Pertengkaran ieu berakhir dengan kontak fizikal. Jones mulai memukul  babysitter itu, dan lalu mengigit bibir perempuan tersebut.
Meski memberikan perlawanan, mangsa tetap kehilangan sepotong bibir bahagian bawah akibat gigitan tersebut.

Dia lalu dikejarkan ke rumah sakit untuk mendapatkan  rawatan. Seorang yang berada di lokasi kejadian malam itu, sempat merakam pertikaian itu dan menyerahkan video kepada polis .  
Sumber: KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment