Saturday, August 6, 2016

Impian pemandu Uber ke Olimpiade Rio jadi kenyataan. Diwujudkan penumpangnya. Bravo!!

6/8/16

Ellis Hill
Ellis Hill

WASHINGTON – Impian seorang pemandu Uber Taxi untuk menonton puteranya bertanding di Olimpiade Rio 2016 diwujudkan oleh penumpangnya. Lelaki itu adalah Ellis Hill, ayah dari Darrell Hill yang merupakan atlet lempar peluru Amerika Syarikat.

Dia memberi tahu seorang penumpangnya, Liz Willock, tentang kejuaraan akhbar Olimpiade Rio 2016 dan mengatakan betapa sangat tertarik kalau dapat menontonnya secara langsung.

“Ketika itu dia tanya kepada saya, apakah saya akan pergi ke sana. Saya bilang, ingin, tetapi tidak boleh,” tutur Hill mengingat percakapannya dengan wanita baik hati itu, seperti diberitakan Independent, Sabtu (6/8/2016).
“Dia kata, ‘Kalau saya boleh mendapatkan tiketnya, maukah anda pergi ke sana?’ Waktu itu saya langsung menolak. Saya bilang, ‘Kau tidak perlu melakukan itu’, kerana saya tidak kenal baik dengannya,” lanjut Ellis.

Willock, yang diketahui bekerja di suatu agen perjalanan, ternyata tidak membual saja. Dia menghubungi beberapa temannya di Brazil untuk membantu Ellis. Kepada teman-temannya, Willock mengatakan bahawa lelaki yang sedang memerlukan bantuan itu cacat dan seorang pesara.

Keesokan paginya, Willock memberitahu Ellis yang dia sudah berhasil mendapatkan tiket ke Olimpiade Rio yang sangat diinginkannya. Usut punya usut, Willock mendaftarkan kisah Ellis ke laman GoFundMe dan berjaya mengumpulkan USD7.500  untuk mendanai tidak hanya tiket tetapi juga penerbangannya ke Negera Samba.

Mengetahui berita baik ini dari ayahnya, Darrell Hill kemudian mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang sudah membantu. “Sering kali saya ingin dia di sini menonton pertandingan saya. Sayangnya, saya tidak dapat mewujudkan hal itu kerana suatu alasan. Kali ini ketika dia akhirnya dapat menyaksikan saya bertanding, adalah pengalaman yang luar biasa menakjubkan bagi saya,” ujarnya.
Okezone

No comments:

Post a Comment