Thursday, August 18, 2016

Serangan peribadi, timbalan setiausaha Gerakan letak semua jawatan

Gerakan khususnya di Pulau Pinang selama ini dibelenggu pertengkaran dalaman dan serangan peribadi berhubung pembahagian kerusi dan senarai calon.

Dan terbaru, timbalan setiausaha agung parti itu, Dr Thor Teong Gee melepaskan semua jawatannya dan mendakwa pengerusi negeri Oh Tong Keong mencemarkan nama baiknya.
Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Thor berkata dirinya dipersalahkan kerana masalah mengenai senarai calon bahagian Jelutong.

Thor mendakwa beliau melepaskan kerusi Sungai Pinang kepada Oh untuk bertanding tetapi beliau bagaimanapun mengkritiknya dan menjejaskan reputasi politiknya.
"Saya berasa sedih, kecewa dan terguris dengan tindakannya yang berniat jahat.
"Saya sentiasa percaya bahawa perkara berkenaan parti tidak perlu dibawa kepada orang ramai kerana ini tidak membantu menyelesaikan sebarang masalah dan isu yang dihadapi oleh rakyat.
"Bagaimanapun, serangan berulang-ulang kali meninggalkan saya dengan tiada pilihan tetapi untuk mempertahankan integriti saya secara terbuka," katanya.

Thor mengulas laporan China Press semalam di mana Oh berkata bahawa penyelaras kawasan pilihan raya untuk Sungai Pinang masih belum dimuktamadkan.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina, Oh menyebut tiga sebab mengapa Gerakan bahagian Jelutong menolak dan enggan mencalonkan Thor sebagai penyelaras Sungai Pinang.
Menurut Oh antara sebab itu adalah "kadar ketidakhadiran mesyuarat bahagian" yang tinggi

No comments:

Post a Comment