"Selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan, polis perlu menyiasatnya (Khairul Azwan) kerana membuat laporan palsu.
"Saya tidak berkata beliau bersalah, tetapi pasti ada kes (untuk disiasat)," kata Yong ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Naib ketua pemuda Umno itu minggu lalu membuat laporan polis
terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ahktar Aziz, bekas Ketua
Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu
Kassim Mohamed dan juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,
laporan Khairul Azwan itu berdasarkan andaian dan tidak mewajarkan
siasatan lanjut.
Beliau juga dilaporkan berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.
Yong, yang juga adalah seorang peguam berkata, polis perlu menyiasat
Khairul Azwan atau tidak, ini akan "membuka pintu" kepada lebih banyak
laporan polis yang tidak berasas.
Menurutnya, orang ramai akan mula membuat laporan palsu terhadap satu
sama lain kerana menyangka tidak ada kesan jika mereka berbuat demikian
Malaysiakini 3/8/16
No comments:
Post a Comment