Wednesday, September 28, 2016

Ahli akademik gesa PM beri lebih kebebasan pada media

Seorang ahli akademik dalam forum anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) sepakat bahawa perdana menteri patut memberikan media lebih kebebasan dalam mendapatkan penjelasannya dalam isu 1MDB.

Media, ketika membangkitkan persoalan kepada pihak berkuasa, sebenarnya mewakili suara rakyat, kata Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Adnan Hussein.

“Pihak akhbar mewakili suara rakyat dan rakyat mahu jawapan,” kata Adnan kepada pemberita selepas bercakap dalam forum "Mendepani cabaran agenda media antarabangsa" di ibu negara hari ini,

Beliau bagaimanapun berkata tidak tahu sama ada semua media mempunyai hasrat sama untuk mewakili rakyat.

Adnan berkata demikian ketika ditanya cadangan ahli panel dari Indonesia Aat Surya Sufaat daripada agensi berita rasmi republik itu ANTARA.

Aat dalam forum itu mencadangkan perhubungan lebih rapat antara media tempatan dan asing dengan pihak berkuasa.

Antara lain, katanya, media tidak harus dilihat sebagai musuh.

Sementara itu, Aat juga berkata terlalu banyak mengelak dengan jawapan "no comments" (tiada ulasan) sebenarnya tidak baik untuk kewibawaan seseorang individu itu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment