Monday, September 19, 2016

Akta MKN: Tun M-Anwar keluar kenyataan bersama

Tun M - Anwar: Sleepless nights for Najib
Aksi bersalaman Tun M dan Anwar mendapat perhatian sebelum ini.
SHAH ALAM – Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengancam sistem demokrasi dalam negara ini.

Menerusi kenyataan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa akta berkenaan juga telah mengenepikan secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini.

“Kita perhatikan hampir semua institusi-institusi utama negara seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara dan Bank Negara telah pun dikuasai sepenuhnya oleh beliau,”kata kenyataan tersebut.
Selain daripada itu, kenyataan berkenaan juga menyebut akta itu turut menidakkan hak sesiapa yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab-sebab kematian dan ia besar kemungkinan akan menyebabkan berlakunya salah laku.

Oleh kerana krisis negara yang berlaku tersebut, Mahathir dan Anwar bersama dengan rakyat akan menentang akta berkenaan bagi membawa perubahan serta reformasi demi menyelamatkan hak kebebasan rakyat disamping memajukan semula negara ini.

Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar akta MKN yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

No comments:

Post a Comment