Saturday, September 24, 2016

Had penggal PM bantu terap urustadbir baik

 FMT| September 23, 2016
Model Amerika Syarikat yang hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal terbukti berkesan, kata bekas Presiden Majlis Badan Peguam
kuthubulKUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Badan Peguam Datuk Kuthubul Zaman Bukhari menggesa orang ramai supaya menyokong cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadkan penggal perkhidmatan perdana menteri.
Katanya ia membantu penerapan urustadbir yang baik.
“Model Amerika Syarikat hanya mengizinkan presiden memegang kuasa selama dua penggal, atau lapan tahun, dan terbukti berkesan.”

Beliau berkata seseorang perdana menteri tidak sepatutnya dibenarkan memegang kuasa selama 22 tahun, merujuk kepada pengasas PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian di sesi wacana “Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi” di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.

Semalam, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kepada Mahathir, mencadangkan penggal khidmat perdana menteri dihadkan seperti amalan negara maju.
Beliau mencadangkan maksimum dua penggal lima tahun.
Katanya, pelaksanaan cadangan itu perlu untuk mengelakkan krisis pengurusan dan salah guna kuasa seperti yang dilihat dalam pentadbiran BN.

Sementara itu, Kuthubul berkata pelantikan ketua polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan peguam negara tidak sepatutnya menjadi hak mutlak perdana menteri.
Dalam sistem sedia ada, Yang di-Pertuan Agong melantik mereka tetapi atas nasihat perdana menteri.

Kuthubul berkata kerajaan terbabit dalam perniagaan melalui 1MDB dan mendakwa kegagalan itu melumpuhkan agensi penyiasat daripada menjalankan siasatan kerana perdana menteri terbabit sama.
“Pelantikan jawatan kanan turut melibatkan perdana menteri. Penggubal Perlembagaan tidak pernah membayangkan kerajaan akan terbabit dalam perniagaan.”

Sementara itu hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Ariff Md Yusof berkata masyarakat banyak tertumpu kepada isu kehakiman, eksekutif dan perundangan dalam memastikan pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.
Tetapi, ramai yang mengendahkan kepentingan polis, tentera, perkhidmatan awam, Suruhanjaya Pilihan Raya dan pejabat mufti negeri.
“Kita mendiami sebuah demokrasi dan semua harus berusaha perbaikinya.”

No comments:

Post a Comment