Saturday, September 17, 2016

Haron adalah cahaya bagi yang keliru


Sinar Harian
Haron Din
Haron Din
SHAH ALAM – Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din mempunyai kefahaman yang tinggi ketika mana ramai orang kabur dan keliru dalam tindakan yang dibuat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Haron yang dikenali merupakan tokoh yang mempunyai pendirian yang jelas dalam ilmu, tegas, mencintai agama dan mempunyai ilmu Islam yang mendalam.

“Kami lafazkan innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita semua adalah milik ALLAH dan kita semua pasti akan kembali kepada-Nya. Dengan perasaan redha dengan taqdir-Nya dan sabar kami ucapkan kalimah yang telah diajarkan kepada kita.
“Cintakan perpaduan dan mempunyai impian untuk melihat Islam dijunjung tinggi di tanah air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Haron disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford University Amerika Syarikat pagi ini selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat komplikasi jantung.
Pemergian Haron disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham, sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mursyidul Am Pas, Haron Din meninggal dunia]
Bercerita tentang pertemuan terakhir antara beliau dan Allahyarham, Zulkifli berkata, beliau bersama Allahyarham sempat menyentuh beberapa topik hangat yang berlaku dalam dunia dan negara hari ini.

Kataya, pada waktu itu, Allahyarham kelihatan bersemangat berbicara meskipun nampak keletihan.
“Pada akhir Ogos yang lalu, kami sempat berbual panjang dengan beliau dalam banyak topik seumpama hukum hakam agama, isu politik antarabangsa, coup d├ętat di Turki, termasuklah isu RUU355 dalam satu pertemuan ziarah di rumah beliau.

“Alhamdulillah, pada masa itu sempat juga kami bertanyakan kesihatannya. Sedar tak sedar, hampir 3 jam diskusi kami,” katanya lagi.
Zulkifli dalam masa yang sama turut mengaku sedih menerima berita kematian sahabatnya itu.

“Selepas solat Isyak tadi di Masjidil Haram, ingatan kepada Haron begitu kuat bermain dalam ufuk minda kami.
“Sementelahan pula pada sebelah petang, kami dikejutkan dengan berita beliau dalam rawatan jantungnya. Hati kami sedikit hiba dengan berita itu,” ujarnya.

5 comments:

  1. ..tapi amat menyedidkan apabila beliau keliru tentang wang 1MDBRM 2.6bilion yg masuk dlm akaun Najib. Di akhir hayatnya, dia menyokong seorang pencuri yg mencuri duit rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Ukur dulu ilmu yg kita ada sebelum menegur.

    ReplyDelete
  3. Lam. Kamu tidak faham keadilan dalam islam. Alim ulamak tidak mudah percaya dengan berita2 yang belum pasti.

    ReplyDelete
  4. Lam. Kamu tidak faham keadilan dalam islam. Alim ulamak tidak mudah percaya dengan berita2 yang belum pasti.

    ReplyDelete