Monday, September 19, 2016

Jeff Ooi diminta serah diri selepas komen Haron Din

 FMT| September 19, 2016
Khalid berkata setakat ini 3 lelaki berumur 50 dan 60-an ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak.
Jeff-Ooi
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini 3 lelaki berumur 50 dan 60-an ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak kerana menghina agama Islam di Facebook dan Twitter.

“Kesemua mereka ditahan ekoran posting Facebook dan Twitter Anggota Parlimen DAP Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang menyinggung perasaan orang Islam.
“Berikutan itu, beberapa orang pula buat tweet-tweet yang sama (menyinggung perasaan orang Islam) di media sosial. Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan panggil dia (Jeff Ooi) tetapi kalau dia mahu senang, saya minta beliau serah diri kepada polis.

“Kalau tidak kami akan cari dia,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman di sini hari ini.
Khalid turut menasihatkan ahli politik yang ‘bermulut gatal’ supaya berhati-hati dalam membuat apa jua percakapan dan posting di laman sosial yang mungkin boleh menyinggung perasaan bangsa dan agama lain.

“Jangan ikut sedap mulut sahaja, fikir dulu 10 kali sebelum buat apa jua posting yang boleh singgung perasaan bangsa dan agama lain. Bila pemimpin masyarakat (seperti) anggota Parlimen membuat komen sedemikian maka pengikut-pengikutnya akan buat benda yang sama tanpa memikirkan perasaan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial.

“Kami akan siasat daripada semua aspek termasuk alat peranti yang digunakan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di media sosial,” katanya.
“Beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung perkara ini,” katanya.

Setakat ini, 9 laporan polis diterima berhubung kenyataan Ooi itu yang dikeluarkan pada hari sama Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.

    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

    1″Dikejar-kejar hutang

    2″Selaluh kalah dalam bermain togel

    3″Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

    4″Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

    5″Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..

    KLIK DISINI

    Solusi yang tepat jangan anda putus asah… AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))

    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/

    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/

    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/

    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/

    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND

    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/

    ReplyDelete