Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mahu rakyat turun beramai-ramai mendesak peguam AS itu pulang ke negaranya.
KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Yunos yang pernah menganjurkan himpunan
Baju Merah pro-kerajaan tahun lalu hari ini menggesa orang ramai hadir
di Mahkamah Persekutuan bulan depan untuk menghalau peguam Amerika
Syarikat, Kimberley Motley, dalam semakan kehakiman Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Sebagai seorang peguam, beliau sewajarnya menghormati undang-undang
di negara ini dan tidak bertindak kurang ajar seperti peguam gila
seolah-olah beliau mempunyai kuasa menghasut rakyat,” kata ketua Umno
Bahagian Sungai Besar itu, yang mengecam Kimberley sebagai biadap.
Semalam, Kimberley yang dilantik ke dalam barisan peguam Anwar,
dibenarkan melawat bekas ketua pembangkang itu, yang kini menjalankan
hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.
Susulan itu, peguam hak asasi itu berharap wartawan melihat sendiri keadaan bekas ketua pembangkang di penjara.
Beliau menjelaskan perlembagaan Malaysia membenarkan sesiapa sahaja bertemu ketua umum PKR itu.
“Saya menyarankan anda sebagai pengamal media bercakap sendiri dengan
Anwar dan mendapatkan jawapan sendiri mengenai soalan-soalan terhadap
Anwar,” katanya.
Kimberley, yang mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkannya bertemu
Anwar, dijangka menghadiri perbicaraan semakan kehakiman Anwar pada 12
Oktober.
No comments:
Post a Comment