Sunday, September 25, 2016

Keputusan Darell direstui PKR, kata Saifuddin

Darell Leiking
Darell Leiking
SHAH ALAM – Keputusan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking keluar daripada parti itu telah dibincang dan direstui oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, keputusan Darell untuk meninggalkan PKR diterima secara terbuka oleh pihaknya.
“Darell telah bertemu dan mengadakan perbincangan ikhlas bersama Wan Azizah tentang keputusannya yang mahu meninggalkan parti untuk bersama dengan parti bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah.

“Saya bersahabat karib dengan beliau. Semalam kami bersarapan pagi dan sempat berbincang dari hati ke hati,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang mengumumkan meletak jawatan dan keluar daripada PKR pada Khamis.
Kata Darell, beliau bakal menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui Mohd Shafie.

Meskipun akur dengan keputusan Darell, Saifuddin bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada menyimpan perasaan sedih atas kehilangan rakan seperjuangannya dalam parti.

“Saya berada sedih, tapi sebenarnya saya memahami dan menghormati pendiriannya untuk bersama dengan Mohd Shafie,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment