Saturday, September 17, 2016

Kit Siang minta SPR jelaskan kerusi lebih 100,000 pengundi

 | September 16, 2016
Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya semasa di Semenanjung satu 'penyelewengan mandat perlembagaan SPR'.
lim kit siang 
KUALA PUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan status 13 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai lebih 100,000 pengundi setiap satu kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Beliau menerusi satu kenyataan mendedahkan 6 kerusi di Selangor, 2 di Johor dan selebihnya di Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan pengundi yang ramai.

Ekoran itu, Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya sebelum ini di Semenanjung sebagai melanggar mandat yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada SPR.
Tegasnya, Perkara 113 Perlembagaan menuntut salah pembahagian ditangani, bukannya dimanipulasi.

Pada 2013, Pengerusi SPR ketika itu, Abdul Aziz Mohd Yusuf memetik Jadual ke-13 Perlembagaan sebagai jaminan tidak akan ada kerusi yang mempunyai lebih 100,000 pengundi, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Beliau berkata, SPR kini bertanggungjawab untuk membuktikan ia bukan helah untuk mengekalkan Umno berkuasa.

Beliau menyatakan 3 sebab untuk SPR membuat penjelasan.
Pertama, dedahkan pada akhir 2013 bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman, melakukan persempadanan semula untuk memastikan Umno kekal berkuasa.

Kedua, kajian awal persempadanan semula direka semata-mata untuk memastikan Umno mendapat kelebihan.
Ketiga, tindakan itu dilakukan untuk menghapuskan kuasa pemimpin pembangkang di kerusi yang mudah terjejas.

“Muhyiddin Yassin di Pagoh dan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai adalah antara mereka yang disasarkan untuk dihapuskan,” dakwa veteran DAP itu.
Beliau merujuk kepada pemimpin pembangkang, Liew Chin Tong, Aminolhudu Hassan dan Mohd Khuzzan Abu Bakar yang persempadanan semula Pagoh “bermotifkan politik”.

“SPR juga mahu membantu memastikan Umno / Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Johor pada 2018.
“Di samping mahu membantu parti pemerintah mendapatkan semula Selangor,” ujar Kit Siang.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete