Ia mendesak kerajaan bertemu dengan Majlis Peguam
Malaysia bagi mendapatkan maklum balas dan memastikan kebebasan terhadap
profesion undang-undang.
KUALA LUMPUR: Persatuan Majlis Peguam Amerika menulis surat kepada
perdana menteri Malaysia menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan
melantik 2 calon kerajaan dalam Majlis Peguam di negara ini.
Presidennya, Linda Klein dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib
Razak minggu lalu berkata tidak ada justifikasi yang memberi mandat
terhadap pelantikan kerajaan dalam badan itu.
“Tidak jelas apa tujuan sah yang mahu kerajaan penuhi, dengan memberi
mandat kepada pelantikan kerajaan dalam kepimpinan Majlis Peguam,”
katanya dalam surat bertarikh 23 September.
Surat itu diterbitkan dalam laman web Majlis Peguam Malaysia.
Linda berkata pelantikan dibuat kerajaan memang akan melemahkan kebebasan Majlis Peguam.
“Undang-undang yang dicadangkan itu akan menyebabkan pelanggaran
tidak wajar terhadap hak persatuan ahli profesional undang-undang,
seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang
antarabangsa dan Prinsip Asas PBB,” katanya.
Beliau berkata undang-undang antarabangsa hanya membenarkan sekatan terhadap hak untuk kebebasan sesebuah persatuan.
Katanya, beliau juga bimbang pindaan di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA) akan membenarkan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Malaysia menetapkan peraturan pemilihan dan undang-undang Majlis Peguam.
Katanya, beliau juga bimbang pindaan di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA) akan membenarkan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Malaysia menetapkan peraturan pemilihan dan undang-undang Majlis Peguam.
“Mengawal peraturan pemilihan dan undang-undang kepada ahli eksekutif
boleh dilihat sebagai meletakkan pengaruh tidak wajar terhadap badan
pemerintahan sendiri itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Putrajaya untuk mempertimbangkan
semula cadangan itu sebelum membawa pindaan berkenaan ke Parlimen dan
sebaliknya, mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam.
Selain mencadangkan pindaan terhadap LPA, kerajaan juga mahu merombak keseluruhan proses pemilihan dalam Majlis Peguam.
Ia juga memohon untuk mengenakan keperluan kuorum punitif sebanyak
25% daripada jumlah keseluruhan keahlian untuk mesyuarat agung tahunan.
FMT
No comments:
Post a Comment