Wednesday, September 14, 2016

MP gesa Bank Negara siasat laporan WSJ

14/9/16

DAP hari ini menggesa Bank Negara menyiasat pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa terdapat pindahan dana 1MDB dengan dibantu oleh dua pekerja AmBank.

Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata siasatan tersebut perlu dibuat kerana beliau bimbang terdapat pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Malah, Lim berkata sehingga hari ini tiada sebarang penafian dibuat oleh Bank Negara, AmBank dan kedua-dua pegawainya yang didakwa membantu pemindahan wang dari 1MDB atau anak syarikat agensi pelaburan berkenaan ke akaun Datuk Seri Najib Razak seperti dilaporkan WSJ.

"Sehingga hari ini tiada mana-mana pihak dari Bank Negara, Ambank atau pegawai Ambank yang dinamakan menafikan perkara tersebut. Adakah ini satu pengakuan apa yang dilaporkan Wall Street Journal adalah benar.
"Jadi saya minta Bank Negara sebagai satu badan institusi kewangan yang mengawal kewangan negara untuk menyiasat sama ada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan dilanggar," kata Lim kepada pemberita di luar perkarangan bangunan Bank Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Lim hadir ke bangunan Bank Negara sekitar jam 11.00 pagi bagi menyerahkan memorandum kepada Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim untuk menyiasat laporan WSJ itu.
Memorandum itu diterima oleh seorang pegawai di pejabat Muhammad.

Mengulas tindakan lanjutnya, Lim berkata pihaknya terpaksa membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 17 Oktober depan.

Selain itu, Lim juga turut meminta Bank Negara mengambil tindakan yang sama seperti kerajaan Singapura yang menutup bank yang terlibat dengan transaksi meragukan dengan 1MDB di negara itu.
"Saya nak tindakan diambil seperti kerajaan Singapura di mana bank tersebut ditutup kerana terlibat dalam 1MDB dan CEO didakwa dan ditangkap.

“Jadi saya nak tindakan sedemikian diambil oleh Bank Negara.
"Kalau dakwaan ini benar Ambank perlu ditutup dan lesen perbankan mereka digantung serta pegawai yang terlibat diheret ke mahkamah.

“Kalau tidak bank-bank yang lain dengan mudah berbuat perkara yang sama," kata Lim.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ambank berkaitan kenyataan itu.
Ahad lepas Lim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur berkaitan laporan WSJ yang mendakwa tokoh perniagaan yang rapat dengan keluarga Najib, Low Taek Jho, mengendalikan akaun peribadi perdana menteri itu dengan dibantu dua pegawai AmBank.

Mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Amla) undang-undang mewajibkan institusi perbankan membuat laporan sebarang transaksi wang melebihi RM50,000.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Sosialis DAP, Syefura Osman menggesa Muhammad melaksanakan tanggungjawab beliau selaku gabenor Bank Negara.
"Kita nak tahu hal sebenar dan jangan diamkan diri, rakyat Malaysia perlu tahu ke mana perginya wang tersebut," kata Syefura atau lebih mesra dengan panggilan Rara.

2 comments:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete