22/9/16
Naib Ppesiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk
bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal
membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.
"Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan
sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah,"
katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Darell yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang
dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di
Putrajaya pagi tadi.
Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan
mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk
didaftarkan ROS.
Sebelum
ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan
perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti
dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya.
Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam
usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih
berada dalam Umno.
Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri
Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau
kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.
Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.
Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada
pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri
Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216
undi.
Darell juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.
Ditanya mengenai parti baru itu Darell, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.
Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama
dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN
akan diteruskan.
"Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.
No comments:
Post a Comment