Monday, September 19, 2016

PERMATA tidak tersenarai, tiada anugerah untuk Rosmah

Malaysiakini 19/9/16

 VIDEO
Datin Seri Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah.

Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Dauk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya. Agensi berita nasional itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art, di pada Khamis ini.

Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu."

Beck juga berkongsi kenyataan daripada Profesor Tudor Parfitt, seorang sarjana British, dan Felo Royal Historical Society dan pengerusi panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara tersebut.
"Jawatankuasa ini mencadangkan supaya program PERMATA diberi pengiktirafan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.

"Program yang diasaskan tahun 2007 di bawah naungan Rosmah Mansor, telah pun menerima pengiktirafan atas usahanya untuk membantu golongan muda yang tidak bernasib baik mencari pekerjaan dan mengembangkan potensi mereka," kata Parfitt.
Parfitt berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh media berhubung sumber pembiayaan dana PERMATA.

Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak mempunyai cara segera mengesahkan dana PERMATA, dan tidak menyedari mengenai sebarang salah-laku tertentu.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.
Sabtu lalu, Bernama melaporkan bahawa Rosmah telah dipilih untuk menjadi penerima anugerah Unesco sempena sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Memetik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad, Bernama melaporkan anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program PERMATA.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.

    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

    1″Dikejar-kejar hutang

    2″Selaluh kalah dalam bermain togel

    3″Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

    4″Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

    5″Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..

    KLIK DISINI

    Solusi yang tepat jangan anda putus asah… AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))

    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/

    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/

    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/

    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/

    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND

    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/

    ReplyDelete