Malaysiakini 19/9/16
VIDEO
Datin Seri Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah.
Datin Seri Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah.
Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu
pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh
Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa
Bersatu (UNESCO).
PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Dauk Seri Najib
Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya. Agensi berita nasional
itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan
Museum of Art, di pada Khamis ini.
Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck
berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan
acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu."
Beck juga berkongsi kenyataan daripada Profesor Tudor Parfitt,
seorang sarjana British, dan Felo Royal Historical Society dan pengerusi
panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara tersebut.
"Jawatankuasa ini mencadangkan supaya program PERMATA diberi
pengiktirafan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di
negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.
"Program yang diasaskan tahun 2007 di bawah naungan Rosmah Mansor,
telah pun menerima pengiktirafan atas usahanya untuk membantu golongan
muda yang tidak bernasib baik mencari pekerjaan dan mengembangkan
potensi mereka," kata Parfitt.
Parfitt berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat
berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh
media berhubung sumber pembiayaan dana PERMATA.
Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak
mempunyai cara segera mengesahkan dana PERMATA, dan tidak menyedari
mengenai sebarang salah-laku tertentu.
"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh
apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan
rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.
"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa
untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan
PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.
Sabtu lalu, Bernama melaporkan bahawa Rosmah telah dipilih
untuk menjadi penerima anugerah Unesco sempena sempena Persidangan Agung
ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Memetik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib
Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad,
Bernama melaporkan anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan
Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program
PERMATA.
No comments:
Post a Comment