Friday, September 16, 2016

'Saya tak suka kafirkan orang'


Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
GEORGETOWN - 'Saya sesekali tidak suka mengkafirkan sesama Islam meskipun terdapat perbezaan tertentu dengan pandangan yang kita pegang'.
Demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor susulan kenyataannya mengenai pengikut syiah masih Islam yang turut mendapat reaksi negatif dari kalangan netizen.

Bagaimanapun jelasnya, ia tidak bererti beliau bersetuju dengan segala fahaman dan tindakan golongan tersebut.
"Namun begitu kita tidak harus mengkafirkan para penganut syiah selagi mana mereka bersolat mengadap ke kaabah di Mekah seperti kita.
"Malah kerajaan Arab Saudi masih membenarkan jemaah haji dari negara Iran dan Iraq menunaikan rukun Islam kelima itu di Makkah padahal orang kafir dilarang memasuki Tanah Haram," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata lagi, tidak dinafikan terdapat perbezaan fundamental antara syiah dan sunni yang berpunca daripada sumber rujukan ijtihad yang berbeza terutama kitab hadis.

"Ingin saya tegaskan, saya juga tidak suka fahaman syiah dikembangkan di negara kita kerana ini boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam di samping mengancam kesetabilan dan keamanan negara.
"Mungkin ada larangan kerana faktor lain seperti politik, keselamatan dan sebagainya, tapi bukan kerana mereka dianggap kafir," katanya.

Wan Salim berkata, seseorang boleh dihukum kafir jika dia melakukan tindakan yang jelas kekufurannya.
"Ia seperti menyembah berhala, menafikan ketuhanan ALLAH SWT, menafikan kerasulan Nabi Muhammad juga mempertikai kewajipan bersolat lima waktu dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini Wan Salim dalam satu portal berita dilaporkan berkata, aliran syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah.

Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan fahaman itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan melihat Islam berpecah.

2 comments:

  1. Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete